Archive for the posts by azzreen Category

raya, raya dan raya

Posted in posts by azzreen on September 29, 2008 by syahzzreen

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA!!!

Car For SALE!!!

Posted in posts by azzreen on September 18, 2008 by syahzzreen

the model : en. nazirul

sentuhan dari photoshop cs2

Posted in posts by azzreen on September 18, 2008 by syahzzreen

location : Lot 10, Kuala Lumpur

Practical 2 – Presentation About World Wide Web (WWW)

Posted in posts by azzreen on September 15, 2008 by syahzzreen

Tugasan presentation bertajuk World Wide Web (www) telah dibentangkan pada 08/09/2008 didalam kursus Sistem Komputer & Aplikasi. Presentation didalam format microsoft office power point ini boleh di muat turun dengan hanya menekan pada butang ‘download now’ yang terdapat dibawah. Muat turun ini adalah percuma. Selamat mencuba.

download now!

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki…

Posted in posts by azzreen on September 9, 2008 by syahzzreen

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Baca Doa Dulu – Pak Pandir

Posted in posts by azzreen on September 9, 2008 by syahzzreen

Di suatu malam yang hening… Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

” Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.
“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…

Kisah Upin dan Ipin

Posted in posts by azzreen on September 9, 2008 by syahzzreen